Thursday, 23 June 2011

Perjalanan balik ke kampung halaman.

Perjalanan balik melalui jalan kimanis

Resort dan Restaurant Juga di sediakan di jalan kimanis




i ruangan blog ini pula saya ingin menceritakan tentang perjalanan balik ke kampung halaman dearah tenom daripada kota kinabalu melalui jalan kimanis.Jika dahulunya jalan kimanis ini agak jarang sekali di gunakan kerana belum di perbaiki sepenuhnya namun setelah jalan raya ini di lakukan penyengaraan yg sempurna maka laluan ini adalah pilihan utama sama ada pengangkutan awam mahu pun persendirian utk memilih jalan ini.Melalui jalan ini tempo masa dapat di kurangkan kerana jaraknya agak dekat sedikit di bandingkan jika melalui jalan tambunan utk ke keningau mahu pun ke tenom dan ini membuatkan ramai memilih jalan kimanis walaupun iainya berbukit yg agak tinggi namun jalan raya yg agak baik mambantu perjalanan yg lebih selesa dan menjimatkan masa. Jika kita memulakan perjalanan daripada kota kinabalu ke tenom melalui jalan kimanis hanyalah memakan masa lebih kurang 2 setengah jam sahaja.
Di tepi-tepi jalan juga terdapat beberapa tempat persinggahan yg strategik dan selesa utk kita berehat buat seketika di samping terdapat juga restaurant utk kita menjamu selerah.Bagi mereka yg ingin bercuti mahu pun ingin ketenangan jauh drp hiruk pikuk kota di jalan kimanis ini terdapat beberapa penginapan dengan harga yg berpatutan di samping dapat melihat permandangan bukit dan hutan yg amat menarik palagi jika di waktu petang kabus yg mula turun membuatkan rasa sejuk yg menyegarkan.



No comments:

Post a Comment