Saturday, 7 May 2011

Melawat ke lok kawi wildlife park..

Haiiii..aha..di sini sekali lg saya ingin berkongsikan pengalaman ketika saya melawat ke lok kawi wildlife park pada  03/05/2011 baru-baru ni,di sebabkan pada hari tersebut saya tdk berkerja dan mempunyai masa yg terluang saya pun membuat perancangan utk melawat ke taman tersebut.Bermula drp gerbang dlm gambar di atas anda hanyalah berjalan beberapa meter utk sampai ke sebuah bangunan yg menempatkan kuanter tiket,kuanter informasi dan juga kedai souvenior.












Gambar bangunan ini adalah yg saya maksudkan td jika hendak mendapatkan tiket anda haruslah kebangunan ini dan dapatkan tiket di kuanter yg telah di sediakan perkerjanya  juga sungguh peramah  membuatkan anda akan merasakan suasana tempat yg begitu tenang mahu pun dari sudut persekitaraan yg terjaga dan bersih membuatkan para pelawat akan merasa lebih selesa ,pelawat yg mengunjungi taman ini bukan dari pada sekitar sabah sahaja  ia juga di kunjungi oleh pelancong luar negara namun begitu tiket yg di tawarkan kepada pelawat adalh berbeza berikut adalah harga atau pun bayaran masuk ( Entrance Fees ) yg di tawarkan.

1.Pelawat 18 thn ke atas ( visitors 18 yrs old and above)  

i) Warganegara Malasia ( Malaysian Citizen ) RM 10.00
ii) Bukan Warganegara Malaysia ( Non Malaysian citizen) RM20.00

2.Pelawat di bawah 18 thn (Visitor below 18 yrs old

i) Warganegara Malaysia ( Malaysian Citizen ) RM5.00
ii)Bukan warganegara Malaysia ( Non Malaysian Citizen) RM10.00

Warga Tua ( 60 thn ke atas ) Warga nagara malaysia sahaja  - PERCUMA

Orang-orang kurang upaya ( OKU )                                         - PERCUMA

Taman ini sememangnya sesuai utk di kunjungi bagi pendapat saya kerana kita akan dapat melihat pelbagai jenis haiwan di dalam taman ini secara terus kerana mungkin ada juga di antara kita tdk pernah melihat haiwan seperti gajah,harimau beruang dan pelbagai lg jenis haiwan yg lain  yg boleh bergerak maksud saya yg masih hidup depan2 mata secara jujur saya hanya perna melihat haiwan seperti ini yg telah di bekukan seperti mana yg terdapat di muzium kk tetapi jika anda ke taman ini iainya pasti nampak berbeza kerana haiwan di dalamnya hidup seperti di dalam hutan. Kepada sesiapa saja yg melawat ke taman ini pastinya akan mendapat satu pengalaman yg baru.





Sempat juga saya mengambil gambar kijang yg sedang berendam menanti masa makan

Fuuuyooo..punya panas siokk lah berendam..




Masa untuk makan ini ( Proboscis monkey )
Kepada semua yg membaca blog ini jika anda mempunyai waktu yg terluang bolehlah berkunjung ke Lok kawi wildlife park kota kinabalu pastinya  anda akan merasai suasana percutian anda yg sempurna.Bye3hidup biar sempoi...
 

No comments:

Post a Comment