Sunday, 20 March 2011

Pusat Kebudayaan Murut..

Pusat kebudayaan murut terletak di kg Nalisan Pulong kira-kira 13 km dari pekan tenom.Berkeluasan 33 ekar dan bagunan ini menelan belanja RM 8 juta ini di bina pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1996.
Pusat kebudayaan murut ini mula beroperasi pada 02 january 1998.Bangunan ini berfungsi sebagai pengurusan dan pentadbiran,pameran dan persembahan,kebudayaan dan kesenian serta kedai kraftangan.
Kemudahan yg di sediakan adalah seperti kantin,bilik hiburan,bilik rehat,bilik perbincangan,dewan persembahan yg boleh memuatkan 1000 orang.Selain itu juga bangunan ini mempunyai 4 dewan pameran dan 6 dewan pertunjukan menganyam dan pertukangan.
Pusat kebudayaan murut ini adalah venue utama pesta kalimaran yg di adakan setiap tahun pelbagai acara yg di atur selama 3 hari membolehkan para pengunjung dapat melihat dari jarak dekat bagaimana tradisi kaum murut dari segi makanan,adat istiadat dan pelbagai lagi yg anda boleh lihat.

No comments:

Post a Comment