Tuesday, 31 May 2011

Kemuncak pesta kaamatan peringkat negeri 2011.

Pintu gerbang utama kdca


<><><><>
<>
<><><><>
Kereta terpaksa di letakkan di bahu jalan.
 
Sebut sahaja pesta kaamatan peringkat negeri semua orang yg berada di sekitar sabah akan mengetahuinya kerana KDCA adalah lokasi utama sambutan Pesta Kaamatan setiap tahun jika di lihat pesta ini adalah pesta 1 malaysia kerana kita boleh melihat pelbagai kaum yg datang menghadiri pesta kaamatan ini.,bukan saja drp dlm negeri pelancong luar negara juga sama2 dtg utk meraikan sambutan pesta kaamatan.Pelbagai acara di atur pada hari tersebut di samping acara persembahan drp rumah2 kebudayaan yg lain.
Saya yang datang seawal 10 pagi pada hari tersebut mendapati kesukaran utk mendapatkan tempat letak
 kereta dan melihat kebanyakkan kereta hanyalah di letakkan di bahu jalan menyebabkan keadaan bertambah sesak.Lot tanah persendirian yg di jadikan tempat letak kereta sementara juga seperti cendawan tumbuh  mengambil kesempatan dgn kekurangnya tempat letak kereta khas kpd pengunjung namun iainya adalah tempat kereta berbayar ia di kenakan RM5 utk kenderaan yg di letakkan di kawasan tersebut.

Pemaluh gong dr rumah kebudayaan ranau
Di rumah kebudayaan ranau ini mereka menyajikan persembahan paluan gong dan juga persembahan tarian tradisional mereka saya yg melihat dr satu sudut yg lain beberapa orang pelancong luar sempat mengambil gambar kenang-kenangan dgn para penari.

<><>
<>
<><>
Kanak-kanak mempersembahkan paluan gong di persekitaraan KDCA


Kanak-kanak dr suku kaum bisaya beauford

Kalau melentur buluh biar dari rebungnya inilah ungkapan yg paling sesuai jika saya melihat di mana kanak-kanak ini di latih utk bermain alat2 tradisional ini sejak kecil lg ini salah satu petanda yg amat baik supaya adat atau pun alat tradisional kita tdk akan pupus di telan zaman.Bagi saya kita seharusnya memimpin anak2 ini supaya mencintai budaya dan adat resam kita supaya iainya dapat mengekalkan tradisi turun temurun.

Cara tradisional menumbuk padi

Dusun Tindal Kota Belud
Kepelbagaian etnik di negeri ini salah satu tarikan pelancong ke negeri di bawa bayu di rumah kebudayaan tindal kota belud yg sempat saya kunjungi mereka memperagahkan corak pakaian tradisional yg begitu unik cantik dgn berbagai warna  sangat menarik perhatian di samping itu juga mereka menunjukkan bagaimana caranya untuk menumbuk padi menjadi beras.Cara nya adalah padi di masukkan ke dalam satu bekas dan di tumbuk mengunakan kayu secara berganti-ganti dan setelah itu barulah di tampi mengunakan nyiru utk mengasingkan hempas padi dgn beras seperti dalam gambar di atas.
Persembahan barasik dr suku kaum murut tenom

Di pentas utama suku kaum murut membuat persembahan berasik yg mana ini adalah satu cara tradisional utk mengubat pesakit di zaman dulu-dulu,pada kebiasaannya pesakit yg di ubat melalui cara ini di lakukan 3 hari berturut-turut jika tdk silap saya dan para pemaluh gong yg mengiringi ketika acara penyembuhan di jalankan mestilah mahir kerana sedikit kesilapan rentak paluan gong boleh mengakibatkan pengamal perubatan tradisional ini akan pengsan namun saya tdk dapat menceritakan dgn panjang lebar kerana hanya sedikit pengetahuan sahaja mendengar cerita daripada orang2 tua di kg suatu ketika dahulu.Namun jika ada kesempatan dan dapat cerita tentang berasik ini dengan lebih mendalam saya akan cuba menulisnya dlm blog akan datang.Setakat ini dahulu yg boleh saya kongsikan bersama semua yg melayari blog ini sebelum mengakhiri kata Selamat pesta kaamatan 2011 semoga kita semua akan berada dlm keadaan yg sihat2 hendaknya sehingga kita bertemu lagi di coretan pengalaman di sepanjang pesta kaamatan akan datang.(Hidup biar sempoi )

No comments:

Post a Comment