Tuesday, 29 March 2011

Sejarah Daerah Tenom.

Daerah tenom di buka secara rasminya pada thn 1900 oleh pegawai daerah yg pertama iaitu mcw weedon.Pembukaan pertama pihak inggeris bermula Sapong  estate dan juga melalap estate.
Mengikut kajian arkeologi yg di buat ke atas beberapa tempat di tenom seperti batu ponatal dan bukit bukau di kawasan banjaran kroker terbukti telah di duduki sejak pra sejarah lagi ini kerana di jumpai "batu penukul beliung"batu yg di gunakan oleh suku kaum murut untuk memburu dan juga membuat pakaian.
Pada mulanya tenom adalah di kenali sebagai "PORT BRICH " sempena nama gebenor EW Brich pada tahun 1901-1904 dan pada tahun 1904 tenom telah ujud berikutan siapnya perkhimatan keretapi beaufort-tenom-melalap.
Lokasi atau kedudukan daerah tenom di kelilingi sempadan keningau,sipitang,beaufort dan juga wilayah kalimatan indonesia.Berbukit bukau hujan tropika yg lebat menjadikan tanah subur.Tanah rendah dan bukit bukau sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian.
Dua batang sungai iaitu sungai pagalan dan sungai padas adalah sumber air penduduk di daerah tenom dan juga sebagai penjana bekalan elektrik hidro tenom pangi.Terdapat pelbagai kaum/penduduk di  daerah ini namun suku kaum murut adalah penduduk yg terbesar menetap di daerah tenom.Suku kaum murut terbahagi kepada 2 suku iaitu murut timugon dan juga murut tagol.
Perhubungan tenom melalui jalan darat adalah jalan kimanis,papar,tambunan,keningau dan selain itu perkhimatan keretapi daripada station Tanjung Aru kk,Papar,Bongawan ,Membakut dan Beaufort.Penduduk di daerah ini bergantung kepada hasil pertanian terutamanya getah dan kopi yg menjadi sumber pendapatan utama.Bagi mereka yg ingin melawat ke daerah tenom tdk akan mengalami kesulitan jika ingin bermalam kerana tenom mempunyai hotel berkelas 3 bintang mahu pun hotel-hotel sederhana,charlet dan rumah rehat di sewa dengan kadar harga yg berpatutan.Tempat untuk menjamu selerah juga senang di dapati kerana mempunyai restoran yg mudah di dapati dan menyediahkan makanan dan minuman halal.

No comments:

Post a Comment