Tuesday, 21 June 2011

Jika masanya telah tiba..

Jenazah di bawa ke tanah perkuburan.

Jika masanya telah tiba kita akan kembali kepadanya,Sekali lg blm pun sampai setahun datuk ku sebelah mama meninggal dunia pada bln disember tahun lalu kini insan yg bergelar datuk juga menyahut pangilan tuhan pada 11/06/2011 namun  kini insan yg bergelar datuk ini pada sebelah bapa.
Apa yg memeranjatkan sedikit datuk yg mengadu sakit gastrik dan sukar utk bernafas pada mulanya di bawa ke hospital dan terus di masukkan ke dalam wad tdk menujukkan perkembangan yg baik sehinggalah ke saat2 akhir dan datuk menghembuskan nafas yg terakhir.Saya yg hanya mengetahui datuk telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya melalui abang saya yg menelefon pada malam itu.Setelah menerima kabar itu fikiran ku mula berfikir dan mengimbau pada masa silam .Ketika itu  sering kali saya akan datang ke rumah datuk dan bermalam di situ walau pun jarak rumah datuk dan rumah keluarga tidak terlalu jauh namun saya sangat selesa utk bertandang dan bermalam di situ,sifat datuk juga yg suka bergurau membuatkan kenangan lalu cukup memeritkan hati setelah menerima berita datuk telah pun meninggal dunia tanpa di sedari air jernih dari kelopak mata mula turun kerana merasakan sebak di dada.
Saya pada mulanya ingin balik ke kg pada hari berikutnya selepas menerima kabar tersebut namun atas tugas kerja yg harus di lakukan saya hanya menunggu pada hari isnin utk memohon cuti dengan majikan ku kerana kita seharusnya melakukan dua perkara yg berbeza namun kepentingan yg sama dan berfikir secara rasional pada saat itu adalah penting supaya dapat mengurus sesuatu itu dengan lebih teratur dan sempurna.
Setelah mendapat kelulusan cuti saya pun blk ke kg bersama abang dan sesampai saja di pekan tenom kami pun menjemput mama dan terus pergi ke rumah datuk dari jauh kelihatan byk kenderaan dan sanak saudara yg telah datang,saya mama dan abang naik kerumah dan menjengung datuk yg telah pun di masukkan ke dalam keranda saya yg seakan gagah mengawal emosi dan bertekad utk tdk mengeluarkan air mata berjaya juga namun hati kecil ku berbisik kami menyangi dan mengasihi datuk semoga datuk di tempatkan di sisi bapa di syurga dan bersemadilah dengan damai,kedengaran juga mama yg menangis kerana tdk dapat menahan sebak pada ketika itu dan ada juga perkataan kami datang bersama cucu kamu Akie yg terkeluar dari mulut mama.
Pada hari2 yg mana datuk masih lg di hospital mama sering menjengunya selepas menerima rawatan kerana pada masa yg sama mama juga tdk sihat di sebabkan jari kaki yg membengkak di bedah dan harus datang setiap pagi utk di pembersihan lukanya dan kekesalan mama tdk dpt bersama-sama menjaga datuk di saat itu namun bg saya mama tdk harus mempersalahkan diri kerana semua itu bukan di sengajakan utk melepas tangan menjaga datuk namun kesihatan menjadi penghalangnya.
Pada hari ketiga masanya telah tiba utk majlis pengkebumian awal pagi lg saya yg datang kerumah datuk terasa sedih yg sukar utk di hilangkan dari ingatan sesekali saya dtg dekat dengan keranda datuk dapat melihat wajah datuk sedikit berubahan abang yg menghantar mama utk mencuci luka di hospital pada pagi itu saya mengaharap supaya mereka selesai dgn lebih awal dlm masa tersebut saya sering membuat pesanan ringkas kepada abang adakah mereka sudah selesai kerana pada ketika itu katekis sudah datang utk sembayang pengkebumian dan kereta jenazah pun sudah sediah di perkarangan rumah,namun begitu setelah beberapa ketika abang dan mama muncul saya merasa lega kerana risau mereka tdk sempat dlm upacara pengkebumian ini.Setelah sembayang selasai jenazah terus di bawa ke tanah perkuburan dan kereta jenazah berlalu dari situ namun kepiluan dan rasa sedih masih lagi terpancar di riak wajah sanak saudara datuk telah pergi namun ingatan tulus kepada datuk tetap dalam sanubari sekalungan doa mengiringi datuk dalam perjalanan menujuh ke satu perhentian semoga berbahagia di alam baru kerana kita juga sangat mengerti semua ini akan tetap berlaku dan yg hidup akan melaluinya dan tdk seorang pun akan dapat lari dari janji ini yg bermula akan berakhir  dan yg hidup akan mati jika waktunya telah tiba kita akan kembali kepadanya.

No comments:

Post a Comment