Aahahaa...bercakap tentang pesta kaamatan ini sememangnya sudah menjadi acara tahunan namun begitu pesta ini hanya akan di adakan selepas berakhirnya para petani menuai padi. Ini adalah satu pengalaman saya suatu ketika duhulu sewaktu menuai padi jika anda lihat dlm gambar tersebut cara menuai padi ini masih lg di lakukan secara tradisional maksud saya tdk mengunakan jentera utk menuai padi.
kami hanyalah mengunakan sabit utk memotong tangkai padi dan di kumpulkan di satu tempat sebelum kerja pengasingan padi dgn tangkainya dgn cara menhempaskan batang padi dan setelah itu barulah di masukkan ke dalam karung guni.Pengalaman menuai padi ini sudah semestinya amat memanatkan namun bg saya sekurang-kurangya kita dpt merasai sendiri bertapa sukarnya utk menanam padi dan menuainya.
Setelah siap menuai padi maka tibalah masanya utk warga petani berehat dan bersuka ria dgn sambutan pesta kaamatan yg selalunya di raikan pada bulan may setiap tahun.Pelbagai acara yg di atur dlm pesta tersebut yg di adakan di setiap daerah di seluruh negeri sabah antara acara yg sudah pastinya di adalah pertandingan sugandoi dan juga Ratu kaamatan (Unduk Ngadau).di samping pameran hasil2 pertanian dan juga kraftangan mahu pun masakan tradisional juga boleh kita lihat sempena pesta kaamatan.
No comments:
Post a Comment