Thursday, 23 June 2011

Perjalanan balik ke kampung halaman.

Perjalanan balik melalui jalan kimanis

Resort dan Restaurant Juga di sediakan di jalan kimanis




i ruangan blog ini pula saya ingin menceritakan tentang perjalanan balik ke kampung halaman dearah tenom daripada kota kinabalu melalui jalan kimanis.Jika dahulunya jalan kimanis ini agak jarang sekali di gunakan kerana belum di perbaiki sepenuhnya namun setelah jalan raya ini di lakukan penyengaraan yg sempurna maka laluan ini adalah pilihan utama sama ada pengangkutan awam mahu pun persendirian utk memilih jalan ini.Melalui jalan ini tempo masa dapat di kurangkan kerana jaraknya agak dekat sedikit di bandingkan jika melalui jalan tambunan utk ke keningau mahu pun ke tenom dan ini membuatkan ramai memilih jalan kimanis walaupun iainya berbukit yg agak tinggi namun jalan raya yg agak baik mambantu perjalanan yg lebih selesa dan menjimatkan masa. Jika kita memulakan perjalanan daripada kota kinabalu ke tenom melalui jalan kimanis hanyalah memakan masa lebih kurang 2 setengah jam sahaja.
Di tepi-tepi jalan juga terdapat beberapa tempat persinggahan yg strategik dan selesa utk kita berehat buat seketika di samping terdapat juga restaurant utk kita menjamu selerah.Bagi mereka yg ingin bercuti mahu pun ingin ketenangan jauh drp hiruk pikuk kota di jalan kimanis ini terdapat beberapa penginapan dengan harga yg berpatutan di samping dapat melihat permandangan bukit dan hutan yg amat menarik palagi jika di waktu petang kabus yg mula turun membuatkan rasa sejuk yg menyegarkan.



Tuesday, 21 June 2011

Jika masanya telah tiba..

Jenazah di bawa ke tanah perkuburan.

Jika masanya telah tiba kita akan kembali kepadanya,Sekali lg blm pun sampai setahun datuk ku sebelah mama meninggal dunia pada bln disember tahun lalu kini insan yg bergelar datuk juga menyahut pangilan tuhan pada 11/06/2011 namun  kini insan yg bergelar datuk ini pada sebelah bapa.
Apa yg memeranjatkan sedikit datuk yg mengadu sakit gastrik dan sukar utk bernafas pada mulanya di bawa ke hospital dan terus di masukkan ke dalam wad tdk menujukkan perkembangan yg baik sehinggalah ke saat2 akhir dan datuk menghembuskan nafas yg terakhir.Saya yg hanya mengetahui datuk telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya melalui abang saya yg menelefon pada malam itu.Setelah menerima kabar itu fikiran ku mula berfikir dan mengimbau pada masa silam .Ketika itu  sering kali saya akan datang ke rumah datuk dan bermalam di situ walau pun jarak rumah datuk dan rumah keluarga tidak terlalu jauh namun saya sangat selesa utk bertandang dan bermalam di situ,sifat datuk juga yg suka bergurau membuatkan kenangan lalu cukup memeritkan hati setelah menerima berita datuk telah pun meninggal dunia tanpa di sedari air jernih dari kelopak mata mula turun kerana merasakan sebak di dada.
Saya pada mulanya ingin balik ke kg pada hari berikutnya selepas menerima kabar tersebut namun atas tugas kerja yg harus di lakukan saya hanya menunggu pada hari isnin utk memohon cuti dengan majikan ku kerana kita seharusnya melakukan dua perkara yg berbeza namun kepentingan yg sama dan berfikir secara rasional pada saat itu adalah penting supaya dapat mengurus sesuatu itu dengan lebih teratur dan sempurna.
Setelah mendapat kelulusan cuti saya pun blk ke kg bersama abang dan sesampai saja di pekan tenom kami pun menjemput mama dan terus pergi ke rumah datuk dari jauh kelihatan byk kenderaan dan sanak saudara yg telah datang,saya mama dan abang naik kerumah dan menjengung datuk yg telah pun di masukkan ke dalam keranda saya yg seakan gagah mengawal emosi dan bertekad utk tdk mengeluarkan air mata berjaya juga namun hati kecil ku berbisik kami menyangi dan mengasihi datuk semoga datuk di tempatkan di sisi bapa di syurga dan bersemadilah dengan damai,kedengaran juga mama yg menangis kerana tdk dapat menahan sebak pada ketika itu dan ada juga perkataan kami datang bersama cucu kamu Akie yg terkeluar dari mulut mama.
Pada hari2 yg mana datuk masih lg di hospital mama sering menjengunya selepas menerima rawatan kerana pada masa yg sama mama juga tdk sihat di sebabkan jari kaki yg membengkak di bedah dan harus datang setiap pagi utk di pembersihan lukanya dan kekesalan mama tdk dpt bersama-sama menjaga datuk di saat itu namun bg saya mama tdk harus mempersalahkan diri kerana semua itu bukan di sengajakan utk melepas tangan menjaga datuk namun kesihatan menjadi penghalangnya.
Pada hari ketiga masanya telah tiba utk majlis pengkebumian awal pagi lg saya yg datang kerumah datuk terasa sedih yg sukar utk di hilangkan dari ingatan sesekali saya dtg dekat dengan keranda datuk dapat melihat wajah datuk sedikit berubahan abang yg menghantar mama utk mencuci luka di hospital pada pagi itu saya mengaharap supaya mereka selesai dgn lebih awal dlm masa tersebut saya sering membuat pesanan ringkas kepada abang adakah mereka sudah selesai kerana pada ketika itu katekis sudah datang utk sembayang pengkebumian dan kereta jenazah pun sudah sediah di perkarangan rumah,namun begitu setelah beberapa ketika abang dan mama muncul saya merasa lega kerana risau mereka tdk sempat dlm upacara pengkebumian ini.Setelah sembayang selasai jenazah terus di bawa ke tanah perkuburan dan kereta jenazah berlalu dari situ namun kepiluan dan rasa sedih masih lagi terpancar di riak wajah sanak saudara datuk telah pergi namun ingatan tulus kepada datuk tetap dalam sanubari sekalungan doa mengiringi datuk dalam perjalanan menujuh ke satu perhentian semoga berbahagia di alam baru kerana kita juga sangat mengerti semua ini akan tetap berlaku dan yg hidup akan melaluinya dan tdk seorang pun akan dapat lari dari janji ini yg bermula akan berakhir  dan yg hidup akan mati jika waktunya telah tiba kita akan kembali kepadanya.

Thursday, 9 June 2011

Menonton Movie KL Gangster

Beratur untuk mendapatkan tiket movie kl gangster

Sebut saja pasal movie sudah pastilah sayalah orangnya yg tidak update tentang perkembangan movie tanah air mahu pun luar negara kerana dengan tulus ikhlasnya saya bukanlah pengemar utk datang ke cinema dan menonton movie.Ada kalanya sahaja saya akan luangkan masa utk menonton movie dgn rakan2 itu pun jika movie yg saya rasa akan memberi saya satu kepuasan jika menontonnya.
Namun pada 09/06/2011 setelah stress berkerja kerana terlalu sibuk. Pada sebelah petangnya rakan saya mengajak utk menonton wayang bertajuk KL GANGSTER tanpa memikir panjang saya pun bersetujuh utk menonton movie tersebut sambil2 ingin menghilangkan rasa stress.Saya yg keluar tepat tamatnya masa berkerja terus saja ke centre point dan membeli tiket movie terlebih dahulu dan seterusnya menemankan rakan saya itu utk makan tengah hari.
Setelah selesai makan dan masa utk menonton movie belum lagi sampai kami pun merancang utk mengambil masa berhibur utk diri sendiri ahahaha..apa yg saya maksudkan ialah keroeke di k-box saya mengambil kesempatan ini utk menhilangkan rasa stress dlm hati dan akan melepaskannya pabila menyanyi nanti ehehehehe..sian juga..setelah puas menyanyi selama satu jam dalam konsert siok sendiri rasa sedikit kelegaan namun selepas ini kami akan sambung pula dengan menonton wayang.
Sebelum masuk ke cinema hall 2 rakan saya sempat lagi membeli 100 plus utk menghilangkan rasa kering di tekak selepas menyanyi td dan seterunya kami pun mengambil tempat duduk di dalam hall tersebut.Jika di lihat hall yg penuh saya mengambarkan sudah semestinya movie ini cukup power kerana sambutan penonton yg datang begitu ramai sekali dan ada juga segelintir penonton yg berteriak supaya di mulakan dengan segera Eheeiii mcm tdk sabar sudah mamat movie di depan tempat duduk kami tu dalam hati saya berbisik.
Setelah beberapa ketika saya melihat movie tersebut memang tidak di nafikan movie ini mempunyai aura tersendiri utk menarik penonton utk dtg ke pawagan.Namun daripada pandangan saya secara peribadi movie ini seperti dari awal hingga akhir hanya mengisahkan tentang perabutan kuasa dan tempat oleh beberapa kumpulan gangster di ibu kota kuala lumpur.Movie ini juga memaparkan aksi2 ganas sesuai dengan tajuk dan semua pelakon dapat membawa watak2 masing2 dengan jayanya namun saya lebih tertarik kepada watak zizan yg bersahaja dan lawaknya membuat penonton tergelak.Dalam penceritaan KL gangster ini membawa kita berfikir secara mendalam kerana dengan kuasa sahaja hubungan kekeluargaan dan persahabatan akan rengang dan persahabatan boleh di ungkapkan seperti tikam dari belakang hanya utk mengejar kemewahan dan tanpa ada rasa simpati,Movie ini memakan masa kalau tidak silap saya dalam satu jam lebih sahaja dan kepada sesiapa yg belum lagi menontonnya datanglah ke cinema yg berhampiran dan pengemar movie jgn lepaskannya mungkin ini adalah satu movie yg anda nanti-nantikan.


Saturday, 4 June 2011

Gitar,Irama dan umpama.

Gitar
Heee...Haaaa...Pada paparan bolg saya pada kali ini pula saya ingin menceritakan tentang satu alat muzik yang mana semua makhluk di  atas muka bumi ini tetap mengenalinya.Alat muzik yang saya maksudkan ialah gitar.

G-Gemersik
 I- Irama
T-Tenunan
A-Alunan
R-Riang

Gitar di ciptakan dengan uniknya hanya mempunyai enam string dengan bentuk rekaannya hampir serupa walaupun berlainan jenama namun tetap satu mempunyai keajaibannya yang tersendiri kerana ia mampu mengerakkan suatu objek hidup dengan sendirinya tanpa paksaan.Adakah anda percaya dan bersetujuh dengan saya?.Ehehehehe..mungkin kita tertanya-tanya adakah benar semua ini.Namun percaya atau tidak anda harus mempercayainya kerana apa?Kerana jika petikkan gitar berbunyi dengan melodi yang sedap di dengar secara tidak langsung pergerakkan kita seperti menyahut rentak alunan bunyi gitar tersebut contohnya kaki kita seakan terangkat-angkat,kepala tergeleng-geleng dan tangan pula seakan bertepuk-tepuk mengikut irama.seterusnya membuat orang yang merasakan dan menikmatinya dengan penuh keriangan akan mendorong untuk terus mencari teman menari,ahahahahaha..punya siok dan inilah yang saya maksudkan tadi dengan bunyi gitar kita akan dapat mengerakkan kaki,kepala,tangan mahu pun seluruh anggota badan kita dengan sendirinya tanpa satu paksaan.
Bila sebut saja pasal gitar pada pendapat saya alat muzik ini sememangnya menjadi kegemaran muda-mudi dewasa ini kerana alunan petikkan gitar akan memberikan kita suatu kepuasan pabila mendengarnya apa lagi bila iainya di mainkan dengan penuh fokus membuatkan pantulan iramanya boleh mengasyikkan kepada semua yang mendengarnya dan ini sudah cukup mengambarkan bahawa alunan gitar yang di mainkan secara teratur memberi kesan kepada yang mendengarnya,lihat saja jika anda bertandang kemajlis keraian dengan hanya mengunakan gitar kayu membuatkan tetamu yang hadir ke majlis tersebut boleh menyanyi dan menari dengan iringan gitar sahaja  ini menandakan mereka juga berasa terhibur.
Inilah kekuatan alunan muzik gitar walupun hakikatnya agak sukar untuk di pelajari bagi mereka yang tidak mempunyai bakat dalam bidang seni mahupun tidak mengemarinya namun petikkan gitar yang baik akan membuat sesiapa sahaja berasa terhibur.Dalam suasana perkelahan juga gitar adalah semestinya akan di bawa menandakan iainya perlu untuk hiburan dan berhibur dan ini  juga akan dapat menyempurnakan keriangan untuk hari riadah anda.
Beralih cerita pula tentang bentuk gitar,Pada lazimnya bentuk gitar yg di reka mempunyai corak bentuk yg tersendiri namun iainya masih juga mengekalkan rekaan bentuk yg asli dan ini juga menarik perhatian dengan lengkungan bentuk dan saiz yang tidak terlalu besar membuatkan alat muzik gitar ini menjadi satu daya tarikkan untuk di pelajari di samping kepelbagaian nada yang boleh di mainkan memukau hati para pendengar.
Menyentuh pula dari segi bentuk dan saiz gitar yg di reka iainya memanglah menarik,tertarik kau memang the bom ahahahahaha..gurau ja,kerana apa yang saya cuba kaitkan di sini adalah ,kebanyakkan orang di persekitaraan yang saya pernah dengar mengumpamakan saiz dan bentuk gitar ini kepada seorang gadis kerana gadis mempunyai susuk tubuh yang di kununya di samakan dengan kengkungan bentuk gitar yg seksi ehehehe.itu dia.. perkataan yang sering saya dengar merujuk kepada susuk tubuk seorang gadis seperti badan potongan gitar apa pun persepsi yang anda fikirkan tentang bentuk gitar dengan seorang gadis ini adalah hak individu itu sendiri namun bagi saya masih boleh di terimah pakai kerana iainya tidak mengaibkan seseorang itu.
Jika bentuk dan saiz menjadi sedikit persamaan umpama gitar dan gadis namun yg nyata jika kita tau mengenai muzik dan boleh bermain alat muzik seperti gitar ini memanglah mempunyai perbezaan kerana dengan gitar kita akan tenang di samping mendapat buah fikiran untuk mencipta lagu dan melaluinya juga kita akan dapat melegakan tekanan dan boleh menerbitkan suatu riak keriangan dan sudah pasti tidak ada tersangkut pun sekelumit rasa perasaan terguris ini yg saya maksudkan tentang gitar namun sinopsis tentang gadis kamu jala yg fikir ehehehe...oraitlah kepada semua pembaca ruangan blog saya ini saya ucapkan terimah kasih kerana sudi melawati blog ini  jika ada pandangan atau pun cadangan jangan segan silu untuk memberi komen,semuanya saya akan sematkan kepada penulisan blog yg akan datang.( Hidup biar sempoi ) 

Wednesday, 1 June 2011

Erti sebuah persahabatan.

Sekadar gambar hiasan.
Andai inginkan persahabatan janganlah kerana ilmunya kerana jika dia dalam kebuntuhan kamu akan menfitnahnya.

Kita tidak akan memiliki sahabat jika di racuni oleh hasad dengki.

Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang mendalam kepada kita yang menhargainya

Bersahabatlah dengan orang yang memperjuangkan kebenaran dialah sahabat penyeri di kala kamu dalam kesenangan dan sebagai pendinding di kala kamu di dalam kesusahan.

Persahabatan kita tidak akan dapat mengenal pasti erti budinya dan tidak dapat di ketahui jika orang itu pemaaf melainkan ketika dia marah dan kita tidak akan mengenali persahabatan itu melainkan jika kamu di dalam kesusahan.

Anugerah tuhan kepada kita adalah persahabatan yang baik dan menjaganya,merasa hormat bukanlah satu daripadanya membawa kepada persahabatan akan tetapi jangan pernah menyesal bertemu dengan orang lain malahan sesali jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

Persahabatan yang akrab tulus dan saling memahami amat sukar di pisahkan melainkan dengan kematian.

Andai kamu mencari sahabat yang setia,memahami sentiasa mendengar keluhan dan segala kesulitan mu percayalah tiada sahabat yang begitu sempurna di dalam dunia yang penuh pencerobah ini namun apa yang sempurna itu bersahabatlah dengan penuh ketulusan hati.