Thursday, 28 April 2011
Liga super 2011
Kepada semua yg melayari blog ini saya ingin ucapkan sekali lagi terimah kasih yg tidak terhingga kerana sudi untuk membaca apa jua coretan yg ingin saya kongikan bersama anda.Pada kali ini saya ingin berkongi cerita pula perkembangan sukan bola sepak tanah air yg mana pada kebelakangan ini sukan yg di minati ramai ini banyak meninbulkan kontroversi,Selain daripada masalah pengurusan pasukan,pemain,mahu pun pegawai pertandingan menjadi tumpuan.
Ingin saya ceritakan pada perlawanan liga super sabah lwn terengganu yg di adakan di stadium likas kk pada 26/04/11..baru-baru ini ,saya yg dtg untuk melihat perlawanan tersebut kerana ingin menyaksikan pasukan sabah boleh mendapatkan mata penuh sangat kecewa kerana kegagalan sabah utk memanangi perlawanan walaupun pada suatu ketika sabah telah mendahului 1-0 hasil jaringan pemain tengah sabah azrul ture menerusih sepakkan percuma yg cantik gagal di tangkap kemas oleh gol keeper terengganu.Belum sempat redah kegembiraan penyokong sabah hasil gol tersebut gerakkan pantas pasukan lawan menghasilkan sepakkan percuma terengganu babak ini membolehkan jaringan di terjemahkan selepas penjaga gol sabah yg bertindak untuk menampan bola keluar bertembung dgn kapten pasukan md reithudin dan kedua-dua mengelami kecederaan namun pengadil tdk menghentikan perlawanan membolehkan pasukan pelawat menjaringkan gol dengan mudah kerana pintu gol sabah sudah pun terbuka luas tanpa penjaga gol yg masih terbaring bersama kapten sabah akibat dr pertembungan tersebut.
Bermula dgn insiden tersebut para penyokong mula melaungkan perkataan "pengadil bodoh" dan iainya bertambah lagi apa bila banyak keputusan pengadil yg tdk munasabah sehinggakan pada akhir babak kedua perlawanan percubaan luar deras kotak penalti terkena tangan pertahanan lawan namun pengadil tidak memberi sepakkan penalti yg mencetuskan kemarahan para penonton sabah.setelah tamatnya perlawanan tersebut pengadil perlawanan terpaksa berdiri di dalam padang kerana selain drp bantahan pemain dan juga pegawai2 drp sabah penyokong juga bertindak lebih agresif membaling objek kearah pengadil yg memaksa anggota polis memberi kawalan ketat pengadil utk masuk kebilik persalinan ,namun begitu penyokong sabah masih tdk berganjak dr stadium sambil melaungkan "we want reffree"suasana pada ketika itu bolehlah saya anggapkan agak tegang jika tdk mempunyai pegawai keselamatan yg cukup mungkin keadaan tersebut akan bertambah teruk namun keadaan beransur rengang dan tenang apabila penonton mula meninggalkan stadium dengan perasaan yg amat kecewa.Namun apa yg boleh saya ringkaskan di sini sikap profesional harus ada bukan saja pemain,pegawai dan pengadil para penyokong juga seharusnya bersikap terbuka demi kemakmuran sukan bola sepak hendaknya.majukan diri,hindari provokasi hasilnya kita semua rasai..dan keputusan penuh sabah tewas 1-2 dgn terengganu..Namun apa yg para penyokong harapkan agar pasukan kesayangan ini akan terus bangkit melawan dlm baki perlawanan yg ada..sabah sentiasa di hati...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment