Putaran dunia adalah lumrah bagi makhluk yg bernama manusia dan ungkapan ini selalunya kita dengar kerna yang hidup pastinya akan mati inilah juga yg ingin saya coret di ruangan blog ini.
Pada tangal 17/12/2010,adalah satu tarihk yang amat pahit untuk di kenang satu insan yg sangat di sayangi bernama datuk telah pergi buat selama-lamanya.Bermula daripada rawatan lanjutan ke HQE untuk hanya membuat imbasan tentang punya pendarahan jika membuang najis bertukar menjadi lebih serius kerana sebelum membuat imbasan tersebut datuk boleh bercakap,berjalan sendiri dan juga makan seperti rutin harian yg datuk selalu lakukan namun selepas imbasan tersebut telah merubah segalanya menjadi lebih kritikal datuk terus di masukkan ke wad kecemasan untuk mendapatkan rawatan rapi alangka sungguh terkejut melihat keadaan datuk yg tidak sedarkan diri namun begitu doktor dan jururawat bertungkus lumus membuat sesuatu untuk memastikan keadaan lebih terkawal sehingga beberapa hari selepas itu keadaan datuk nampak semakin bertambah baik.
Perkembangan datuk pada masa itu memberansangkan kerna melihat perkembangan yang positif,datuk mula dapat berbual dengan sesiapa saja yang datang melawatnya.Ada kalahnya sifat datuk kelihatan pelik kerana dapat melihat sesesuatu walaupun agak jauh permandangan tersebut apatah lagi dalam keadaan datuk yang tidak sihat.Datuk juga sering marah-marah membuat sesiapa yang menjaga datuk rasa risau seperti ada saja yang tidak kena namun perangai datuk yg semakin menjadi-jadi, kemarahanya tidak kami hiraukan sehingga pada masa datuk di pindahkan ke wad lain kerana doktor melihat perkembangan datuk yg semakin pulih namun hanya semalam datuk di pindahkan ke wad tersebut telah membuatkan kondisi datuk kembali kritikal dan tidak dapat bernafas seperti biasa dan di masukkan kembali ke wad icu dan bermula daripada itu datuk tidak lagi sedarkan diri sehinggalah datuk menhembus nafas terakhir pada 17/12/2010 kira2 jam 9.40 minit malam.Pada malam tersebut ahli keluarga yang sudah pun berkumpul di wad tersebut menguruskan jenazah dan membawa balik ke kampung halaman.Selama 3 hari di tempatkan di rumah pakcik sebelum upacara pengkebumian pada tangal 20/12/2010 keseluruhan keluarga di selubungi kesedihan permergian datuk dan kini makam menjadi tanda terhentinya satu perhentian.Semoga datuk di tempatkan di tempat orang2 yang beriman.Amen
No comments:
Post a Comment