Daerah tenom di buka secara rasminya pada thn 1900 oleh pegawai daerah yg pertama iaitu mcw weedon.Pembukaan pertama pihak inggeris bermula Sapong estate dan juga melalap estate.
Mengikut kajian arkeologi yg di buat ke atas beberapa tempat di tenom seperti batu ponatal dan bukit bukau di kawasan banjaran kroker terbukti telah di duduki sejak pra sejarah lagi ini kerana di jumpai "batu penukul beliung"batu yg di gunakan oleh suku kaum murut untuk memburu dan juga membuat pakaian.
Pada mulanya tenom adalah di kenali sebagai "PORT BRICH " sempena nama gebenor EW Brich pada tahun 1901-1904 dan pada tahun 1904 tenom telah ujud berikutan siapnya perkhimatan keretapi beaufort-tenom-melalap.
Lokasi atau kedudukan daerah tenom di kelilingi sempadan keningau,sipitang,beaufort dan juga wilayah kalimatan indonesia.Berbukit bukau hujan tropika yg lebat menjadikan tanah subur.Tanah rendah dan bukit bukau sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian.
Dua batang sungai iaitu sungai pagalan dan sungai padas adalah sumber air penduduk di daerah tenom dan juga sebagai penjana bekalan elektrik hidro tenom pangi.Terdapat pelbagai kaum/penduduk di daerah ini namun suku kaum murut adalah penduduk yg terbesar menetap di daerah tenom.Suku kaum murut terbahagi kepada 2 suku iaitu murut timugon dan juga murut tagol.
Perhubungan tenom melalui jalan darat adalah jalan kimanis,papar,tambunan,keningau dan selain itu perkhimatan keretapi daripada station Tanjung Aru kk,Papar,Bongawan ,Membakut dan Beaufort.Penduduk di daerah ini bergantung kepada hasil pertanian terutamanya getah dan kopi yg menjadi sumber pendapatan utama.Bagi mereka yg ingin melawat ke daerah tenom tdk akan mengalami kesulitan jika ingin bermalam kerana tenom mempunyai hotel berkelas 3 bintang mahu pun hotel-hotel sederhana,charlet dan rumah rehat di sewa dengan kadar harga yg berpatutan.Tempat untuk menjamu selerah juga senang di dapati kerana mempunyai restoran yg mudah di dapati dan menyediahkan makanan dan minuman halal.
Tuesday, 29 March 2011
Sunday, 20 March 2011
Pusat Kebudayaan Murut..
Pusat kebudayaan murut terletak di kg Nalisan Pulong kira-kira 13 km dari pekan tenom.Berkeluasan 33 ekar dan bagunan ini menelan belanja RM 8 juta ini di bina pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1996.
Pusat kebudayaan murut ini mula beroperasi pada 02 january 1998.Bangunan ini berfungsi sebagai pengurusan dan pentadbiran,pameran dan persembahan,kebudayaan dan kesenian serta kedai kraftangan.
Kemudahan yg di sediakan adalah seperti kantin,bilik hiburan,bilik rehat,bilik perbincangan,dewan persembahan yg boleh memuatkan 1000 orang.Selain itu juga bangunan ini mempunyai 4 dewan pameran dan 6 dewan pertunjukan menganyam dan pertukangan.
Pusat kebudayaan murut ini adalah venue utama pesta kalimaran yg di adakan setiap tahun pelbagai acara yg di atur selama 3 hari membolehkan para pengunjung dapat melihat dari jarak dekat bagaimana tradisi kaum murut dari segi makanan,adat istiadat dan pelbagai lagi yg anda boleh lihat.

Perkasa Hotel Tenom..
Perkasa hotel adalah satu-satunya hotel bertaraf 3 bintang yg terdapat di daerah tenom.Mempunyai 62 bilik, restaurant.keroeke lounge dan juga meeting room.Terletak di atas bukit membuat hotel ini sesuai untuk di kunjungi kerana mempunyai daya tarikkan tersendiri selain itu dapat melihat pemandangan pekan tenom.Tumbuhan flora di persekitaran hotel membuatkan para pengunjung dapat merasakan kesegaran udara dan kesunyian jauh dari hiruk pikuk kota membuatkan iainya lebih menenangkan.
Aktiviti yg boleh kita lakukan jika berkunjung ke dearah tenom ini adalah melawat ke taman pertanian lagud seberang dan pusat kebudayaan murut pada waktu pagi dan iainya pasti memberi pengalaman percutian anda ke daerah tenom yg tidak dapat di lupakan.
Setelah penat melawat tempat menarik di siang hari.Pada waktu malamnya pula boleh di isikan dengan santai di keoreke lounge yg beroperasi setiap malam bermula jam 6 ptg sehingga 12.t.mlm.sambil mendengar suara2 merdu anda dan teman2.

Saturday, 19 March 2011
Tarian magunatip daripada suku kaum murut.
Dewasa ini kita sering sahaja di sajikan atau di pertontonkan tarian yg cenderung ke arah kemodenan yang mana menjadi ikutan atau di gemari anak-anak muda ketika ini.Namun apa yg ingin saya perkatakan di sini adalah tarian2 tradisi yg seharusnya di warisi oleh generasi muda seperti tidak mendapat tempat di hati mereka apakah sebab musababnya? inilah yg seharusnya kita titik beratkan supaya tarian tradisi ini tidak akan hanyut di telan zaman namun iainya akan tetap menjadi satu kebanggaan kerna tarian tradisional ini mempunyai keunikannya tersendiri.
Di sini saya ingin berkongsikan sedikit sebanyak tarian tradisional suku kaum murut iaitu "Tarian Magunatip".Tarian magunatip ini adalah di ambil daripada perkataan "atip" yang bermaksud sesuatu yg menekan antara 2 permukaan.Tarian ini pada kebiasaanya di pertontonkan atau di persembahkan semasa upacara keraian sebagai menghormati tatamu yg hadir.
Tarian magunatip ini akan di tarikan mengikut alunan paluan gong dan di tarikan bersama bambu.
Para penari akan menarikan tarian ini dengan penuh kesungguhan kerana ia memerlukan ketangkasan jika tidak mendapat memberi fokus yg baik para penari tidak akan dapat melakukannya.Keunikan tarian magunatip ini bukan saja bagaimana cara ia di tarikan namun kekuatan dan ketangkasaan perlu ada di samping pakaian tarian ini mengambarkan pahlawan murut satu ketika dulu.

Wednesday, 16 March 2011
Gambar Kenangan di pusara datuk.
Hari berganti hari,minggu berganti mingu dan tanpa di sedari masa berlalu begitu pantas permegian datuk telah pun berusia 40 hari dan seperti pada kebiasaannya ahli keluarga akan membuat hari tersebut untuk memperingati pemergian datuk di samping memperbaiki pusara.
Pemergian datuk amatlah di rasai walupun mencecah hari ke 40 namun kesedihan dan kepiluhan dalam hati masih lagi terasa kadang-kalanya terbayang riak wajah datuk yang akan berdiri di depan pintu rumah jika kami berkunjung ke rumah datuk ini membuatkan kerinduan di hati ini bertambah, namun di lubuk hati ini juga berbisik apa yang berlaku ini adalah sebahagian dari putaran hidup,dunia adalah pinjaman semata-mata tiada yang akan kekal pada satu hari kita juga akan menujuh di perhentian ini kita harus meredhakan pemergiannya walaupun sangat sukar untuk di lepaskan dalam ingatan.
Hanyalah doa yg tulus mengiring datuk semoga berbahagia di alam baru dan bersemadilah dengan damai.

Makam menjadi tanda...
Putaran dunia adalah lumrah bagi makhluk yg bernama manusia dan ungkapan ini selalunya kita dengar kerna yang hidup pastinya akan mati inilah juga yg ingin saya coret di ruangan blog ini.
Pada tangal 17/12/2010,adalah satu tarihk yang amat pahit untuk di kenang satu insan yg sangat di sayangi bernama datuk telah pergi buat selama-lamanya.Bermula daripada rawatan lanjutan ke HQE untuk hanya membuat imbasan tentang punya pendarahan jika membuang najis bertukar menjadi lebih serius kerana sebelum membuat imbasan tersebut datuk boleh bercakap,berjalan sendiri dan juga makan seperti rutin harian yg datuk selalu lakukan namun selepas imbasan tersebut telah merubah segalanya menjadi lebih kritikal datuk terus di masukkan ke wad kecemasan untuk mendapatkan rawatan rapi alangka sungguh terkejut melihat keadaan datuk yg tidak sedarkan diri namun begitu doktor dan jururawat bertungkus lumus membuat sesuatu untuk memastikan keadaan lebih terkawal sehingga beberapa hari selepas itu keadaan datuk nampak semakin bertambah baik.
Perkembangan datuk pada masa itu memberansangkan kerna melihat perkembangan yang positif,datuk mula dapat berbual dengan sesiapa saja yang datang melawatnya.Ada kalahnya sifat datuk kelihatan pelik kerana dapat melihat sesesuatu walaupun agak jauh permandangan tersebut apatah lagi dalam keadaan datuk yang tidak sihat.Datuk juga sering marah-marah membuat sesiapa yang menjaga datuk rasa risau seperti ada saja yang tidak kena namun perangai datuk yg semakin menjadi-jadi, kemarahanya tidak kami hiraukan sehingga pada masa datuk di pindahkan ke wad lain kerana doktor melihat perkembangan datuk yg semakin pulih namun hanya semalam datuk di pindahkan ke wad tersebut telah membuatkan kondisi datuk kembali kritikal dan tidak dapat bernafas seperti biasa dan di masukkan kembali ke wad icu dan bermula daripada itu datuk tidak lagi sedarkan diri sehinggalah datuk menhembus nafas terakhir pada 17/12/2010 kira2 jam 9.40 minit malam.Pada malam tersebut ahli keluarga yang sudah pun berkumpul di wad tersebut menguruskan jenazah dan membawa balik ke kampung halaman.Selama 3 hari di tempatkan di rumah pakcik sebelum upacara pengkebumian pada tangal 20/12/2010 keseluruhan keluarga di selubungi kesedihan permergian datuk dan kini makam menjadi tanda terhentinya satu perhentian.Semoga datuk di tempatkan di tempat orang2 yang beriman.Amen

Monday, 14 March 2011
Majlis perkawinan...
Pada 12 march 2011,Saya meluangkan masa untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya yang di adakan di salah sebuah hotel di kota kinabalu.setibanya saya di situ seperti kebiasaannya akan bersalaman dengan pengantin dan ahli keluarga yang lain lalu masuk terus ke dalam hall tersebut.Saya memerhatikan dari jarak jauh numbor meja yang telah di tatapkan dalam kad jemputan tersebut setelah saya mengetahui di manakah letak meja itu saya melangkakan kaki lalu terus menujuh ke meja tersebut lalu mengambil tempat duduk, pelayan yang bertugas pada malam itu datang dan memberi segelas oren. kami pun bersembang-sembang dengan pakcik,makcik sepupu yang sudah beradah di situ dan menunggu masa untuk memulakan majils pada malam tersebut.Juru acara majlis pada malam itu mengumumkan acara akan di mulakan dengan berjalan masuknya pengantin di hall tersebut yang di dahului dengan kaum keluarga pengantin setelah itu pengacara menjemput kedua mempelai untuk terus naik ke atas pentas untuk menyempurnakan pemotongan kek yang mana sudah pun tersedia.
Selesai sahaja pemotongan kek dan upacara suap menyuap di antara pengantin tersebut lantas sekali lagi kedengaran pengacara mengumumkan kepada semua hadirin untuk menjamu selera di samping itu para penari KKBS pun mula membuat persembahan tarian di pentas utama.Para penari KKBS menyajihkan lima jenis tarian yang mana bagi saya amat menghiburkan para tetamu yang hadir.Majils tersebut nampak lebih meriah lagi selepas acara hiburan nyanyian yang mana para hadirin dapat menyumbangkan lagu pilihan masing2 dan menari beramai-ramai dan majlis bersurai pada jam 11 malam.
Saturday, 5 March 2011
Kata pengenalan
Selamat datang ke http://awanbiru.blogspot.com/
Selamat Sejahtera dan Salam 1 malaysia kepada semua yang membaca blog ini.Di sini saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu.
Nama Pena : Valenz
Asal : Tenom
Hobi : Membaca,Menyanyi.Melayari internet,Bermain alat muzik dan kadang-kala bersukan.
Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman,pendapat dan apa-apa jua yang boleh di kongsikan bersama kepada semua pembaca dengan itu saya dahului dengan ucapan terimah kasih....

Subscribe to:
Posts (Atom)