Thursday, 7 July 2011

Perlawanan liga super sabah vs kelantan


 
Penyokong sabah memakai t.shirt merah sabahawksfunclub
 Perlawanan di antara sabah vs kelantan di stadium likas pada 06/07/2011 menutup tirai liga super 2010/2011.saya yg datang seawal jam3.30pm pada hari tersebut semata-mata ingin mendapatkan t.shirt sabahawks fun club idisi terbaru sedikit kecewa kerana setelah menunggu agak lama t.shirt  tersebut tdk dapat di keluarkan buat ketika ini jelas seorang daripada petugas yg menjual t.shirt tersebut walaubagaimana pun t.shirt sabahawks fun club yg lama namun baru di cetak ada di jual.

T.shirt Sabahawks fun club


Saya tidak menghiraukan tentang t.shirt edisi terhad tersebut kerana saya boleh mendapatkan t.shirt yg ada di jual di perkarangan stadium dan kebanyakkan penyokong yg hadir membeli t.shirt tersebut sebagai tanda sokongan kepada pasukan sabah yg mana pada malam tersebut sekiranya sabah dapat mengalahkan kelantan ini akan memberi suatu kedudukan yg tdk terjamin kepada kelantan utk bergelar juara liga super.
namun apa yg saya lihat di sepanjang kempen liga super musin ini stadium likas tdk begitu ramai penyokong yg hadir utk menonton jika di bandingan dengan pertemuan mlm tersebut penyokong sabah yg dtg dgn memakai t.shirt merah sabahawks fun club seakan memeriahkan lg perlawanan pada malam itu di samping paluan kompang dan gendang dari penyokong tuan rumah sabah mahu pun pasukan kelantan yg telah menyewa sepuluh gendang cina kalau tdk silap perkiraan saya pada malam tersebut.
Belum pun bermula perlawanan tersebut satu insiden balingan botol air terhadap penyokong kelantan yg melintas di depan penyokong sabah di tahan oleh anggota rela yg bertugas ini amat di kesali kerana sepatutnya insiden tdk berlaku kerana akan memberi kesan buruk imej sabah dan kelakuan ini amat memalukan bukan itu saja malah individu terbabit juga akan menerima pengajaran atas perbuatan yg di lakukannya.
Setelah sepak mula di mulakan dlm beberapa minit masa pertama sabah telah di kejutkan dengan jaringan gol awal pasukan kelantan membuatkan para penyokong sabah tergamam seketika namun begitu sabah cuba utk memberi tentangan dengan gerakkan pantas namun hantaran jauh yg di lakukan oleh pemain sabah tdk menjadi dan permainan sabah seakan tenggelam dengan penguasaan bola yg lebih teratur oleh pemain kelantan,dan pada ketika itu saya mula menilai pemain sabah terutama di bahagian tengah tdk berfungsi dgn baik sering kehilangan bola dan tdk dapat menghantar bola kepada penyerang dgn baik membuatkan serangan sabah setakat di bahagian tengah padang sahaja sehinggalah tamat masa pertama dgn kedudukan semasa1-0.

Anggota FRU menggelilingi stadium mengawal penyokong kedua pasukan yg hampir mencetuskan pergaduhan

Setelah tamat masa pertama di bahagian tempat duduk utama penyokong kedua pasukan saling berbalas kata atau lebih senang perang mulut memaksa anggota keselamatan berkawal menggelilingi stadium agar perkara yg tdk di ingini tdh berlaku.Penyokong sabah dari bahagian tempat duduk saya membaling bekas air minuman ke arah anggota keselamatan yg berkawal namun tiada tangkapan di lakukan kemungkinan tdk yg dapat mengecam darimana atau siapa yg membaling bekas air tersebut jika tidak tentu individu tersebut akan di tahan dan pada pendapat saya kelakuan tersebut adalah orang yg tdk bermoral kerana anggota keselamatan hanya berkawal tanpa menyinggung perasaan mana2 pihak.
setelah babak kedua bermula aksi sabah nampak sedikit peningkataan namun blm dapat memecah kebuntuhan menjaringkan gol walaupun serangan sabah kadang-kalanya merbahaya kepada pasukan lawan namun keghairaan sabah utk mendapatkan jaringan penyemaan tersentak lg dgn jaringan kedua kelantan.
Setelah sabah membuat pertukaraan pemain persembahan sabah nampak berubah dan hasilnya sabah mendapat gol pertama asil jaringan razlan oto merapatkan jurang jaringan dan pada ketika itu sabah terus mengasak ke kubu lawan namun masa tdk mengizinkan kerana telah masuk ke minit akhir masa ke dua dan keputusan penuh kelantan menang 2-1 keatas sabah sekali gus bergelar juara liga super musim ini.
Bagi sabah keputusan malam tersebut tdk merubah keadaan dan kedudukan di tangga ke 10 liga namun masih kekal beraksi di saingan liga super musin hadapan.
Kepada pasukan sabah gandakan lg usaha utk menngharungi piala malaysia yg akan bermula selepas hari raya puasa nanti.

Saturday, 2 July 2011

Kisah ku...

Emmm...pada ruangan kali ini pula saya ingin berkongsikan cerita tentang perjalanan hidup ku selepas tamat persekolahan.Setelah hari terakhir menduduki peperiksaan spm saya pun meneruskan harian ku seperti biasa namun kelonggaran sedikit semasa masih bergelar pelajar dan masih belajar setiap masa di pantau oleh kedua orang tua ku namun setelah selesai spm saya bagaikan mendapat sedikit kebebasan untuk bergaul mahu pun melakukan aktiviti kegemaran ku pada ketika itu iaitu bermain band.Saya yg berminat utk bermain alat muzik seperti gitar sejak di bangku sekolah rendah lagi dalam darjah empat mendapat tunjuk ajar dari pada abang sulung ku dan sejak itu saya mula bermain gitar utk mengiring koir di gerejah st john mensapol sipitang walaupun dalam lingkungan usia yg terlalu muda dan minat yg sungguh mendalam dalam bermain gitar ini menarik minat AJK gerejah dan memberi saya peluang utk mengiring koir sekiranya pemain gitar utama koir gerejah tdk dapat menghadirkan diri dan di situlah saya mempunyai peluang utk mengiringi koir sepanjang ibadat sabda hari minggu tersebut.
Setelah mendapat kepercayaan utk mengiringi koir di gerejah st john mesapol sipitang saya cuba utk meningkatkan mutu permainan saya utk lebih kemas dan teratur dgn mendengar nada muzik atau key yg sesuai dengan nada suara.sehinggalah pada di saat terakhir kami pun berpindah balik ke kampung halaman daerah tenom kerana bapa ku yg bertugas sebagai polis telah pun bersara.Namun begitu saya tetap juga meneruskan minat saya dlm bidang muzik ini lebih serius setelah beradah di kampung walaupun masih menuntun di sekolah menengah st anthony tenom saya mengambil ruang dan menbahagikan masa belajar dan bermain band.Bermula dengan tertubuhnya band yg kami gelarkan metal boys ini terdiri daripada sepupuh sahaja kerana mempunyai minat yg sama dan dari saat itu kami sering berlatih bersendirian mengambil lagu-lagu yg akan kami bawa pabila jaming dgn band pada setiap hari ahad.
Metal boys yg kami gelarkan band ini mempunyai lima orang anggota dan masih menuntun di sekolah menengah dan dua orang daripadanya menuntun di sm vokasional keningau walaupun agak jauh tenom dan keningau kami akan berlatih band seminggu sekali dan hanya pada hari ahad saja waktu yg sesuai dan dapat berkumpul.Pada masa itu bolehlah kami anggapkan band ini mempunyai anggota yg berbakat bukan puji diri sendiri namun ini adalah kenyataan kami sering mengikuti anjuran battle of the band atau juara kugiran di sekitar dearah tenom dan band ini pernah mendapat 1 kali tempat ketiga,1 kali johan di peringkat kampung dan kenangan paling manis lagi mendapat johan battle of the band yg di adakan di dewan sri antenom dan tiga daripada anggota band ini di nobatkan sebagai pemain terbaik iaitu drumer(Albert),lead gitar(Dick) dan basses (Valen).palagi kegembiraan tdk terhingga kerana pada masa itu memang banyak band yg hebat2 bertanding termasuk daripada daerah keningau walaupun pada masa itu kami tdk mempunyai band sendiri hanya berlatih di studio jamming sahaja namun dengan kesungguhan dan fokus yg lebih dlm latihan kami mampu melakukan persembahan yg tdk mengecewakan selama mengikuti pertandingan sehinggalah pada suatu ketika kami mendapat tajaan dari yb wakil dearah tenom memberi satu set band khas utk kampung dan kami dapat mengembangkan lagi bakat kami dan band ini sering di jemput dlm pelbagai acara keraian seperti pertunangan,perkahwinan,pesta dan banyak lagi namun sedikit pertukaran ahli band dan sekali gus band ini di beri nama risky atas gabungan pemain risky dan metal boys namun pertukaran itu tidak sedikit pun memberi kesan terhadap mutu persembahan kami.inilah yg dapat saya kongsikan kisah ku yg lalu namun belum selesai lagi nanti saya akan sambung lagi oraittt...