Tuesday, 31 May 2011

Kemuncak pesta kaamatan peringkat negeri 2011.

Pintu gerbang utama kdca


<><><><>
<>
<><><><>
Kereta terpaksa di letakkan di bahu jalan.
 
Sebut sahaja pesta kaamatan peringkat negeri semua orang yg berada di sekitar sabah akan mengetahuinya kerana KDCA adalah lokasi utama sambutan Pesta Kaamatan setiap tahun jika di lihat pesta ini adalah pesta 1 malaysia kerana kita boleh melihat pelbagai kaum yg datang menghadiri pesta kaamatan ini.,bukan saja drp dlm negeri pelancong luar negara juga sama2 dtg utk meraikan sambutan pesta kaamatan.Pelbagai acara di atur pada hari tersebut di samping acara persembahan drp rumah2 kebudayaan yg lain.
Saya yang datang seawal 10 pagi pada hari tersebut mendapati kesukaran utk mendapatkan tempat letak
 kereta dan melihat kebanyakkan kereta hanyalah di letakkan di bahu jalan menyebabkan keadaan bertambah sesak.Lot tanah persendirian yg di jadikan tempat letak kereta sementara juga seperti cendawan tumbuh  mengambil kesempatan dgn kekurangnya tempat letak kereta khas kpd pengunjung namun iainya adalah tempat kereta berbayar ia di kenakan RM5 utk kenderaan yg di letakkan di kawasan tersebut.

Pemaluh gong dr rumah kebudayaan ranau
Di rumah kebudayaan ranau ini mereka menyajikan persembahan paluan gong dan juga persembahan tarian tradisional mereka saya yg melihat dr satu sudut yg lain beberapa orang pelancong luar sempat mengambil gambar kenang-kenangan dgn para penari.

<><>
<>
<><>
Kanak-kanak mempersembahkan paluan gong di persekitaraan KDCA


Kanak-kanak dr suku kaum bisaya beauford

Kalau melentur buluh biar dari rebungnya inilah ungkapan yg paling sesuai jika saya melihat di mana kanak-kanak ini di latih utk bermain alat2 tradisional ini sejak kecil lg ini salah satu petanda yg amat baik supaya adat atau pun alat tradisional kita tdk akan pupus di telan zaman.Bagi saya kita seharusnya memimpin anak2 ini supaya mencintai budaya dan adat resam kita supaya iainya dapat mengekalkan tradisi turun temurun.

Cara tradisional menumbuk padi

Dusun Tindal Kota Belud
Kepelbagaian etnik di negeri ini salah satu tarikan pelancong ke negeri di bawa bayu di rumah kebudayaan tindal kota belud yg sempat saya kunjungi mereka memperagahkan corak pakaian tradisional yg begitu unik cantik dgn berbagai warna  sangat menarik perhatian di samping itu juga mereka menunjukkan bagaimana caranya untuk menumbuk padi menjadi beras.Cara nya adalah padi di masukkan ke dalam satu bekas dan di tumbuk mengunakan kayu secara berganti-ganti dan setelah itu barulah di tampi mengunakan nyiru utk mengasingkan hempas padi dgn beras seperti dalam gambar di atas.
Persembahan barasik dr suku kaum murut tenom

Di pentas utama suku kaum murut membuat persembahan berasik yg mana ini adalah satu cara tradisional utk mengubat pesakit di zaman dulu-dulu,pada kebiasaannya pesakit yg di ubat melalui cara ini di lakukan 3 hari berturut-turut jika tdk silap saya dan para pemaluh gong yg mengiringi ketika acara penyembuhan di jalankan mestilah mahir kerana sedikit kesilapan rentak paluan gong boleh mengakibatkan pengamal perubatan tradisional ini akan pengsan namun saya tdk dapat menceritakan dgn panjang lebar kerana hanya sedikit pengetahuan sahaja mendengar cerita daripada orang2 tua di kg suatu ketika dahulu.Namun jika ada kesempatan dan dapat cerita tentang berasik ini dengan lebih mendalam saya akan cuba menulisnya dlm blog akan datang.Setakat ini dahulu yg boleh saya kongsikan bersama semua yg melayari blog ini sebelum mengakhiri kata Selamat pesta kaamatan 2011 semoga kita semua akan berada dlm keadaan yg sihat2 hendaknya sehingga kita bertemu lagi di coretan pengalaman di sepanjang pesta kaamatan akan datang.(Hidup biar sempoi )

Final sugandoi peringkat negeri 2011.

Ramai juga yg datang di final sugandoi pd 27/05/2011
Apa yg menjadi penantian kepada kesemua peserta sugandoi peringkat akhir ini telah bermula pd 27/05/2011,Pada mlm itu saya sekali lagi berkesempatan utk melihat pertandingan akhir sugandoi 2011 ini.Pada peringkat separuh akhir yg lalu saya tdk berkesempatan utk mendengar keputusan 10 peserta yg   yg layak ke peringkat akhir dan pada mlm final itu saya masih mengharapkan peserta kota belud layak mendapat tempat ke peringkat akhir.
Peserta akhir sugandoi di perkenalkan satu persatu sebelum membuat persembahan pada malam itu, saya menanti dgn penuh yakin peserta yg saya ingat layak ke peringkat akhir ini wakil drp kota belud pasti ada namun saya juga agak gembira kerana wakil drp daerah kelahiran saya sendiri daerah tenom di perkenalkan oleh pengacara pada malam itu layak beraksi di pentas akhir.Selepas menunggu beberapa ketika pengacara pertandingan mengumumkan peserta seterusnya yg akan membuat persembahan di peringkat akhir wakil drp kota belud sedikit kelegahan kerana apa yg saya ramalkan menjadi kenyataan.Begitulah aura yg saya rasai ketika melihat pertandingan sugandoi peringkat negeri tetapi apa yg menyedihkan keputusan juara sugandoi pada malam itu belum lg di umumkan saya sudah beredar kerana terlalu letih dan mengantuk. Kerana saya memerlukan rehat yg cukupkerana awal pagi keesokkan hari nya saya akan memandu seorang diri  agak jauh balik ke kg halaman.Apa pun  syabas kepada kesemua peserta akhir sugandoi 2011.

Monday, 30 May 2011

Semi final sugandoi 2011.

Sebahagian drp penonton yg datang menyaksikan semi final sugandoi 2011.

Peserta wakil daerah Tenom
Pada 25/05/2011 pertandingan sugandoi semi final peringkat negeri telah di adakan di dewan kdca penampang.Peserta semi final ini adalah wakil drp bahagian atau daerah masing2 yg mana menjadi johan dan bertaruh di peringlat separuh akhir peringkat negeri.Seramai 37 peserta yg bertanding di peringkat ini akan di tapis lagi dan hanya 10 peserta terbaik akan  di masuk ke peringkat akhir yg akan di langsungkan pada 27/05/11.
Aksi Mantap wakil drp Kota Belud
Apa yg saya lihat dalam kesemua peserta separuh akhir sugandoi 2011 ini adalah mereka mempunyai kelebihan masing2 dlm persembahan mahu pun mutu suara yg baik. seramai 37 peserta yg berentap di separuh akhir ini pada pandangan saya antara pilihan yg akan masuk ke peringkat akhir adalah perserta drp kota belud kerana   peserta ini  mempunyai suara dan gaya persembahan yg cukup mantap dan tdk keterlaluan juga jika saya menganggap peserta ini adalah calon juara sugandoi namun ini adalah bg pandangan saya sendiri sahaja, juri2 yg di pertangungjawabkan utk menilai atau pun memilih peserta ke peringkat akhir  ini adalah yg cukup baik utk menilai dan bukanlah calang2 orangnya kerana mempunyai pengalaman yg luas dlm bidang muzik.Apa pun saya masih mengharap agar peserta ini dpt di pilih utk ke peringkat akhir kerana iainya memang layak untuk berada di pentas akhir sugandoi.
Nestle selaku penajah pesta kaamatan tahun ini menyediahkan minuman drp produk nescafe kepada penonton yg hadir pada malam tersebut di beri secara percuma dan ini pasti membuat penonton tidak mengantuk dan berasa segar  menonton peserta sugandoi sambil menikmati minuman nescafe.

Thursday, 26 May 2011

Mendaki Gunung Kinabalu..

Permandangan Gunung Kinabalu drp Nasional Park

Sebut saja pasal gunung kinabalu semua pun akan membayangkan suatu tempat yg semestinya mencabar ketahanan fizikal utk mendakinya.Apa yg ingin saya  kongsikan pengalaman mendaki gunung kinabalu ini adalah bukanlah pengalaman yg saya sendiri lalui namun ini adalah pengalaman rakan sekerja saya yg berkesempatan  utk mendaki gunung kinabalu kali yg ke dua dlm tempo kurang dr setahun dan saya cuba utk bertanyakan kepadanya apakah yg membuat dia bersungguh-sungguh utk mendaki gunung kinabalu sedangkan jarak masa sewaktu mereka mendaki bt pertama kali nya blm pun mencapai setahun.Dia berpendapat bagainya adalah satu kepuasan yg boleh di rasai jika pendakian anda berjaya sampai kepuncaknya setelah berpenat,berhempas pulas dgn sepenuh hati dan tenaga melangka kaki sehingga berjaya menawan puncak gunung kinabalu di samping dapat melihat keindahan semulajadi yg amat mengkagumkan terutamanya jika anda sampai kepuncaknya.
Para pendaki seharusnya mendaftar terlebih dahulu di kinabalu park sebelum memulakan pendakian untuk memulakan pendakian para pendaki boleh memilih tempat bermulanya pendakian sama ada drp timpohon atau pun mansilau dan para pendaki seharusnya mendaki sehingga ke laban rata dan bermalam di situ dan akan meneruskan pendakian pada ke esokkan hari nya pada jam 2.30 pagi





apa yg boleh saya kongsikan di sini ketika rakan saya itu mengambil gambar papan tanda di laban rata seperti gambar di atas salah satu drp guide itu memberitahu papan tanda laban rata mempunyai sejarah kerana papan tanda tersebut di ambil  daripada sayap kepingan  kapal terbang atau helikopter yg terhempas di kawasan tersebut. Daripada pengalaman yg di lalui oleh rakan saya  ketika mendaki gunung menarik minat saya utk mendakinya namun bila dan masanya blm lg saya putuskan namun jika ada kesempatan dan waktu yg mengizinkan saya akan cuba utk mendakinya pada sesiapa yg ingin merasakan pengalaman ini cubalah utk membuat perancangan mungkin bersama rakan2 anda pastinya anda mendapat satu pengalaman yg tdk mungkin di lupakan..

Tuesday, 24 May 2011

Jika Mentari Tiada Lagi...


Terik Mentari Menerangi Alam

Indahnya Alam Ciptaan Tuhan.
Sang Suria menyinari di siang hari menerangi alam semesta tempat kita berpijak di bumi yg nyata,namun hanya menumpang buat seketika di dunia fana sebagai makhluk tuhan yg miskin dgn kepercayaan diri,menempuh dugaan yg kian memanah di dalam hati sanubari menyeksa batin sehingga membunuh perasaan dan mempertaruhkan jasad mengagungkan keegoan.
Wahai penghuni bumi sedarilah yg cantik indah ini hanyalah sementara rendahkan diri,sanjungi perdamaian,hentikan sengketa, persiapkan diri menujuh satu destinasi yg pasti kita tempuhi agar dapat ketenangan yg abadi di suatu hari nanti.Jika jasad terpisah dgn jiwa dan jika mentari pagi di siang hari sudah tiada lagi kita akan akur bahawa masanya telah tiba perjalanan hidup menujuh suatu garis penamat dan berakhirnya  nokta kehidupan.

Monday, 23 May 2011

Menuai Padi

Aahahaa...bercakap tentang pesta kaamatan ini sememangnya sudah menjadi acara tahunan namun begitu pesta ini hanya akan di adakan selepas berakhirnya para petani menuai padi. Ini adalah satu pengalaman saya suatu ketika duhulu sewaktu menuai padi jika anda lihat dlm gambar tersebut cara menuai padi ini masih lg di lakukan secara tradisional maksud saya tdk mengunakan jentera utk menuai padi.
kami hanyalah mengunakan sabit utk memotong tangkai padi dan di kumpulkan di satu tempat sebelum kerja pengasingan padi dgn tangkainya dgn cara menhempaskan batang padi dan setelah itu barulah di masukkan ke dalam karung guni.Pengalaman menuai padi ini sudah semestinya amat memanatkan namun bg saya sekurang-kurangya kita dpt merasai sendiri bertapa sukarnya utk menanam padi dan menuainya.
Setelah siap menuai padi maka tibalah masanya utk warga petani  berehat dan bersuka ria dgn sambutan pesta kaamatan yg selalunya di raikan pada bulan may setiap tahun.Pelbagai acara yg di atur dlm pesta tersebut yg di adakan di setiap daerah di seluruh negeri sabah antara acara yg sudah pastinya di adalah pertandingan sugandoi dan juga Ratu kaamatan (Unduk Ngadau).di samping pameran hasil2 pertanian dan juga kraftangan mahu pun masakan tradisional juga boleh kita lihat sempena pesta kaamatan.

Perlawanan liga super Sabah lwn T.Team

Stadium likas ini adalah vanue utama perlawanan liga super malaysia jika iainya membabitkan pasukan negeri sabah dan baru2 ini saya ke stadium likas utk menyaksikan pertemuan sabah lwn T.Team apa yg saya lihat pada perlawanan tersebut sabah bukanlah teruk sangat kerana dapat juga mengucar kacirkan pertahanan lawan namun rentak permainan sabah tidak konsisten dan byk membuat kesilapan mudah membuatkan pasukan lawan dapat mengambil kesempatan di atas kesilapan yg kerap di lakukan para pemain pasukan sabah.ketiadaan pemain utama pasukan sabah akibat pengantungan kerana menerimah kad kuning ke 6 yg menyebabkan pemain tersebut tdk di benarkan bermain utk satu perlawanan jikalau tdk silap saya nyata memberi impak besar kerana hanya bersandarkan pemain muda yg masih lg cetek pengalaman utk bermain taraf yg lebih tinggi kerana saya dapat melihat pemain muda tdk serasi dgn pemain sinior dan nampak gugup apa lagi pihak lawan yg mempunyai kualiti permainan yg lebih baik.
Percaturan jurulatih sabah membawa masuk permain drp liga simpanan utk mengisi tempat yg di tinggalkan akibat pengantungan pemain utama tersebut agak menjejaskan corak permainan sabah namun begitu bagi saya sebagai penyokong kita tdk seharusnya menyalahkan pemain muda seratus peratus kerana mereka juga harus di beri pendedahan di peringkat awal supaya dpt menjadi pelapis pemain utama pd masa akan dtg. Namun sebagai penonton saya juga mempunyai pendapat tentang pasukan sabah pd mlm tersebut bg saya jurulatih mungkin membuat kesilapan dlm pertukaran pemain yg mana pemain yg seharusnya lebih awal di keluarkan tdk di ganti namun pemain yg masih baik corak permainan meraka di keluarkan pula menyebabkan ruang yg di ganti di posisi terbut seakan tdk berfungsi.
Oleh kerana perasaan yg agak sedikit kecewa pd mlm tersebut saya beredar dr stadium lebih awal sebelum wisel penamat di tiupkan apa pun saya masih mengharapkan agar pasukan sabah dapat mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak sabah yg begitu cemerlang pada suatu ketika dahulu.. Majulah sukan untuk negara Hoooreeeyyyy...

Thursday, 19 May 2011

Pantai Tanjung Aru

Permandangan pantai Tg Aru sewaktu senja
Hai...Sebagai pembuka kata salam sejahtera dan salam satu malaysia kepada semua pembaca yg melayari blog ini.Sebagaimana pada kebiasaannya waktu cuti adalah amat baik sekali jika kita dpt merancangkan sesuatu aktiviti riadah kerana sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan fikiran suatu berkerja namun apa yg ingin saya ceritakan di sini adalah pada cuti umum yg lalu  17/05/2011 sempena hari wesak saya dan rakan2 sempat juga membuat perancangan utk berjalan-jalan di pantai tanjung aru setelah selesai berkerja.Walaupun cuti umum pada hari tersebut sebagai pekerja swasta dlm bidang peerhotelan kami masih lagi mengikut jadual kerja yg telah di sediakan.

Segelintir peniaga yg menjual permainan kanak-kanak di Pantai Tg Aru
Apa yg boleh saya ungkapkan tentang pantai tg aru ini pada suatu ketika dahulu tempat ini adalah tumpuan bagi sesiapa saja yg ingin meluangkan masa di samping keluarga mahu pun dgn teman2 dan iainya nampak tempat ini sunggu menarik utk beriadah dan sangat meriah.Namun apa yg saya lihat pada ketika ini tempat ini telah berubah tdk menampakkan daya tarikkan jika di bandingkan pada masa dahulu.

Kelihatan ruangan berjalan kaki yg sunyi.
Gambar di atas jika dahulunya akan di penuhi oleh pengunjung yg datang namun kini ruangan ini terlalu lengang seakan mengambarkan suasana di tempat ini kurang mendapat sambutan di bandingkan pada masa dahulu.Persembahan Tarian tradisional pada dulunya akan dapat kita lihat jika berkunjung ke sini namun kini semua itu tdk lg di pratikkan sedangkan ini adalah satu tarikan yg pengunjung luar dan dlm negeri utk datang.Lampu hiasan juga tdk kelihatan menyebabkan kawasan ini nampak suram dan tiada yg menariknya selain drp pantai. 

Nasi goreng pattaya

Jus Buah Belimbing
Menyentuh pula pasal makanan ahahaha..sudah pastilah tdk sukar utk mencarinya kerana byk gerai atau stall yg di sediahkan terpulanglah para pengunjung utk memilihnya saja harga boleh di anggap berpatutan pelbagai jenis menu di tawarkan selain drp jagung dan kacang tanah rebus juga menjadi pilihan utama para pengunjung.

Tempat Makan yg di sediakan kepada pengunjung.
Saya juga sempat manikmati makan malam bersama rakan di food coart yg berada di kawasan tersebut.Saya melihat sambutan pengunjung amat baik sekali kerana ramai yg datang utk makan mlm.Tetapi apa yg saya lihat tempat makan ini terlalu sesak dan agak panas di samping asap drp peniaga ikan dan sayap ayam bakar boleh memedihkan mata dan kepanasan membuat saya dan rakan2 berpeluh ketika makan dan ini sememangnya tidak menyenangkan.
Namun begitu ini adalah pendapat saya sahaja kerana setiap individu itu mempunyai pandangan dan citarasanya tersendiri apa pun jika tempat ini dapat di ubah suai atau di tamabah sedikit dgn acara2 persembahan dan di hiasi dgn lampu2 hiasan yg pastinya akan nampak meriah dan sangat menarik.Setakat ini dahulu coretan pengalaman ku di tg aru.Next blog jumpa lagi.(Hidup biar sempoi)


Perdana park

Hellooo...Selamat bertemu lg di ruangan blog ini lg.Sebelum saya mencoretkan coretan kali ini buat pantun dululah ehehehe...

TEMPATNYA INDAH BERSIH SEKALI,
NYANYIAN MERDU MENGUSIK HATI,
LICIN BADAN SI IKAN KELI,
BLOG KU TULIS KAMU BACA NANTI.

Oraitalah kita sanbung cerita,nak tahu di mana lokasi yg saya kunjung ini?
Menara Jam 1 Malaysia
Ruangan Masuk K
Jika di sebut sahaja pusat rekreasi terbaru di bandaraya kota kinabalu ini sudah pastinya ramai telah mengetahuinya namun begitu setelah beberapa bulan beroperasi barulah saya dapat meluangkan masa utk berkunjung kesitu bersama dgn rakan2.Pusat rekreasi atau perdana park ini telah di rasmikan oleh perdana menteri malaysia.Ini adalah jam besar 1 malaysia yg kita dapat lihat sebelum masuk kedalam taman tersebut.

Pelbagai Corak Pancutan Air Mengikut Irama.
Apa yg menariknya di perdana park ini adalah semestinya pancutan air berirama di samping pancaran yg sering berubah warna membuatkan airpancutan ini sangat menarik perhatian kepada para pengunjung selain drp itu kawasan ini menyediahkan jogging track yg sangat baik pada yg tdk berkesempatan utk berjongging pada waktu petang tempat ini adalah sesuai utk berjogging di waktu malam .
Taman Permainan Kanak-kanak
Lokasi ini juga menyediahkan taman permainan kanak-kanak dan bolehlah saya katakan tempat ini sesuai utk seisi keluarga.Minuman air suling bersih juga di sediakan kepada pengujung tanpa di kenakan sebarang bayaran (percuma).

Saya cukup gembira melihat persekitarannya yg begitu terjaga dan sangat bersih.Tong sampa juga di sediakan di merata tempat selain drp papan tanda membuatkan para pengunjung sentiasa beringat utk menjaga kebersihan.
Pada pendapat saya jika luarannya yg terjaga dan bersih sahaja tdk mencukupi jika tandasnya kotordan saya akan ketegorikan pada keseluruhannya kotor.Namun begitu di perdana park ini para pengunjung pastinya bersetujuh dgn saya kerana tabdas yg di sediakan sangat bersih dan cukup selesa namun iainya akan di kenakan bayaran RMO.50 saja namun itu sangatlah berbaloi-baloi dgn kebersihan dan keselesahan yg kita rasai.Sewaktu kami beredar dari situ saya hanya membayar RM1.00 utk tempat letak kereta dan ini sangat berpatutan kepada sesiapa saja yg belum berkunjung ke perdana park luangkanlah masa anda utk kesana kerana iainya pasti menarik sekali...

Saturday, 7 May 2011

Melawat ke lok kawi wildlife park..

Haiiii..aha..di sini sekali lg saya ingin berkongsikan pengalaman ketika saya melawat ke lok kawi wildlife park pada  03/05/2011 baru-baru ni,di sebabkan pada hari tersebut saya tdk berkerja dan mempunyai masa yg terluang saya pun membuat perancangan utk melawat ke taman tersebut.Bermula drp gerbang dlm gambar di atas anda hanyalah berjalan beberapa meter utk sampai ke sebuah bangunan yg menempatkan kuanter tiket,kuanter informasi dan juga kedai souvenior.












Gambar bangunan ini adalah yg saya maksudkan td jika hendak mendapatkan tiket anda haruslah kebangunan ini dan dapatkan tiket di kuanter yg telah di sediakan perkerjanya  juga sungguh peramah  membuatkan anda akan merasakan suasana tempat yg begitu tenang mahu pun dari sudut persekitaraan yg terjaga dan bersih membuatkan para pelawat akan merasa lebih selesa ,pelawat yg mengunjungi taman ini bukan dari pada sekitar sabah sahaja  ia juga di kunjungi oleh pelancong luar negara namun begitu tiket yg di tawarkan kepada pelawat adalh berbeza berikut adalah harga atau pun bayaran masuk ( Entrance Fees ) yg di tawarkan.

1.Pelawat 18 thn ke atas ( visitors 18 yrs old and above)  

i) Warganegara Malasia ( Malaysian Citizen ) RM 10.00
ii) Bukan Warganegara Malaysia ( Non Malaysian citizen) RM20.00

2.Pelawat di bawah 18 thn (Visitor below 18 yrs old

i) Warganegara Malaysia ( Malaysian Citizen ) RM5.00
ii)Bukan warganegara Malaysia ( Non Malaysian Citizen) RM10.00

Warga Tua ( 60 thn ke atas ) Warga nagara malaysia sahaja  - PERCUMA

Orang-orang kurang upaya ( OKU )                                         - PERCUMA

Taman ini sememangnya sesuai utk di kunjungi bagi pendapat saya kerana kita akan dapat melihat pelbagai jenis haiwan di dalam taman ini secara terus kerana mungkin ada juga di antara kita tdk pernah melihat haiwan seperti gajah,harimau beruang dan pelbagai lg jenis haiwan yg lain  yg boleh bergerak maksud saya yg masih hidup depan2 mata secara jujur saya hanya perna melihat haiwan seperti ini yg telah di bekukan seperti mana yg terdapat di muzium kk tetapi jika anda ke taman ini iainya pasti nampak berbeza kerana haiwan di dalamnya hidup seperti di dalam hutan. Kepada sesiapa saja yg melawat ke taman ini pastinya akan mendapat satu pengalaman yg baru.





Sempat juga saya mengambil gambar kijang yg sedang berendam menanti masa makan

Fuuuyooo..punya panas siokk lah berendam..




Masa untuk makan ini ( Proboscis monkey )
Kepada semua yg membaca blog ini jika anda mempunyai waktu yg terluang bolehlah berkunjung ke Lok kawi wildlife park kota kinabalu pastinya  anda akan merasai suasana percutian anda yg sempurna.Bye3hidup biar sempoi...